photo cutie1.png

Wednesday 18 March 2015

2.3 KESAN-KESAN PENJAJAHAN BARAT KE TANAH MELAYU

EKONOMI
  • Menggunakan alat pertanian yang lebih baik 
  • Sektor perindustrian turut dimajukan
  • Ekonomi sara diri 
  • Mata wang emas , perak dan timah digunakan
  • Kesan penjajahan Eropah dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan sistem ekonomi dualisme. Sistem ekonomi dualisme merujuk kepada dua tumpuan ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik.
  • Dua bentuk eksploitasi ekonomi utama yang dilakukan oleh penjajah ialah perlombongan dan perladangan getah. 
  • Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian, manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan ladang.
  • Ini juga member kesan kepada perbezaan yang besar terhadap bangsa apabila etnik sebagai dasar utama, kesannya ialah mereka akan menerima pendapatan berdasarkan apa yang mereka lakukan, ini seterusnya menjadikan orang Melayu dan India lebih miskin berbanding orang Cina yang bekerja sebagai ahli perniagaan. 
  • Kadar kemiskinan juga turut bertambah disebabkan sistem etnik ini
  • Sistem ekonomi penjajah tertumpu kepada perdagangan moden yang berasaskan perusahaan getah dan perlombongan bijih timah. 
  • Sistem ekonomi ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. 
  • Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India. 
  • Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. 
  • Teknik pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja didominasi oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya Melayu luar bandar atau budaya Melayu tradisional. 
  • Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. 
  • Etnik Melayu tertumpu di sektor pertanian tradisional iaitu pekebun kecil getah, kelapa, pesawah padi, dan nelayan kecil-kecilan. 
  • Dalam sektor ekonomi moden pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi aktiviti perlombongan, perkilangan, dan perkhidmatan.
PENTADBIRAN


  • Gabenor merupakan pemerintah tertinggi di Negeri-Negeri Selat dan dibantu oleh Residen bagi ketiga-tiga negeri tersebut
  • Banyak parti politik ditubuhkan . Antaranya :
  1. Malaya Democratic Union (MDU)
  2. Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
  3. Malayan India Congres (MIC)
  4. Malayan Chinese Association (MCA)
  5. Hizbul Muslimin
  6. Parti Islam Se-Tanah Melayu
  • Sistem Demokrasi diamalkan 
  • Wujud persaingan antara kuasa-kuasa Barat dalam usaha mereka mendapatkan kawasan tanah jajahan baru lantas persaingan ini dapat diselesaikan dengan menetapkan kawasan pengaruh masing-masing supaya tidak tercetus peperangan di Asia Tenggara.
  • British memperkenalkan Undang-Undang Tanah


  1. Kolonialisme British telah mengubah kaedah pemilikan tanah yang dipraktikan sebelum ini iaitu sistem hakmilik tanah secara adat tidak bersesuaian dengan sistem ekonomi bebas.
  2. British telah memperkenalkan beberapa undang-undang tanah untuk mengeksploitasi ekonomi secara maksimum
  3. Antara undang-undang tanah yang digubal ialah dan dikuatkuasakan sebagai Peraturan 19 tahun 1830 menggariskan peruntukkan kuasa kepada Inggeris untuk mengutip cukai sepersepuluh daripada hasil pertanian. 
  4. Pelaksanaan ini menunjukkan perubahan ataupun kesan daripada penjajahan British iaitu masyarakat tradisional tempatan harus membayar cukai kepada kerajaan British. Hal ini berbeza pada zaman feudal yang mengamalkan sistem serah.
  5. British juga berhak terhadap tanah yang tidak diusahakan atau tanah hutan. 
  6. Keadaan ini sekaligus mengubah landskap kehidupan sosioekonomi masyarakat Melayu untuk mengubah corak ekonomi sara kepada ekonomi kapitalis acuan British. 
  7. Kesan kolonialisme British adalah pemilikan tanah perlombongan yang dahulunya dikuasai oleh golongan pembesar Melayu kini jatuh ke tangan British
  • Penjajahan Jepun juga mengakibatkan rakyat di Tanah Melayu sengsara .
  • Ini kerana pentadbiran Jepun mengambil tindakan mengawal pergerakkan rakyat dengan ketat
  • Sekatan dan kawalan yang dikenakan menyebabkan rakyat hidup dalam sengsara

PENDIDIKAN

  • British mewujudkan sistem pendidikan mengikut kaum , faktor politik , ekonomi , sosio-budaya dan agama .
  • Sebelum kedatangan British, kanak-kanak Melayu hanya mendapat pendidikan di surau, sekolah pondok dan masjid. 
  • Sistem pendidikan Melayu yang paling tua dan berpengaruh adalah persekolahan pondok. 
  • Pondok yang pertama didirikan ialah pada tahun 1820 oleh Tuan Haji Abd. Samad bin Abdullah. 
  • Pendidikan masyarakat pada masa itu berfokuskan kepada aspek-aspek seperti membaca dan memahami Al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-hukum agama serta penguasaan menulis, mengira dan membaca. 
  • Namun, kehadiran kolonialisme British telah memperkenalkan sistem pendidikan vernakular. 
  • Penubuhan sekolah Melayu oleh British adalah untuk memberi kemahiran membaca, menulis dan mengira.
  • Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun, kecuali latihan perguruan sebagai peringkat tertinggi pendidikan Melayu.
  • Pengenalan sistem latihan perguruan ini yang menjadi pemangkin perubahan dalam struktur masyarakat tradisional tempatan. 
  • Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Tanah Melayu 
  • Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. 
  • Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia. 
  • Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. 
  • Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman dalam dasar pendidikan mereka. 
  • Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik.
  • Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja.
  • Jepun telah memperkenalkan sistem pendidikan yang menekankan latihan aktiviti daripada akademik untuk menanam sifat kerajinan terutamanya dalam kalangan orang melayu 
SOSIAL 
  • Jalan kereta api dibina bagi mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan perlombongan ke kawasan pelabuhan .
  • Jalan kereta api pertama dibina pada tahun 1855 oleh Sir Hugh Low dari Taping ke Port-Weld
  • Jalanraya dibina untuk menghubungkan kawasan-kawasan bijih timah dan getah ke pelabuhan .
  • Kegunaan jalanraya lebih popular selepas pengenalan kenderaan bermotoe pada tahin 1902
  • Syarikat perkhidmatan udara pertama di Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1937 oleh Wearne Brothers .
  • Memulakan perkhidmatan di Singapura , Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
  • Perkhidmatan udara dihentikan akibat daripada Perang Kedua meletus
  • Pada tahun 1920-an lapan buah lapangan terbang telah dibina di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur , Ipoh , Pulau Pinang , Taiping , Butterworth , dan Alor Setar .
  • Dalam masa sama terdapat lapangan terbang yang kian maju di Singapura
  • Pemusuhan antara kaum ketika penjajahan Jepun
  • Penduduk Tanah Melayu khususnya Cina ditindas 
  • Ramai orang melayu dan india menjadi buruh paksa khususnya untuk membina Jalan Keretapi Maut antara negeri Thai dan Burma 
  • Oleh itu, orang cina lari ke pinggir hutan akibat daripda tekanan tentera Jepun telah membuka kawasan-kawasan baru yang dikatakan sebagai permulaan masalah setinggan di Tanah Melayu
  • Mereka juga bertembung dengan dengan orang-orang yang tinggal di kampung-kampung tradisi dan mengakibatkan pertembungan budaya dan kaum yang berlainan latar belakang 
  • Permusuhan juga berlaku antara orang cina dan melayu 
  • Akibat daripada layanan baik Jepun terhadap orang melayu berbanding layanan orang cina .
  • Misalnya dengan mengambil mereka menjadi tentera , polis dan menggalakkan orang Melayu bergiat dalam politik 
DASAR PECAH PERINTAH
  • Terlepasnya penguasaan para pembesar Melayu terhadap perusahaan melombong bijih 
  • Pengabaian bidang pertanian kecil-kecilan seperti tanaman padi yang melibatkan penduduk Bumiputera
  • Proses pembandaran terjadi di pusat-pusat tumpuan aktiviti ekonomi eksport 
  • Di pusat aktiviti ekonomi eksport seperti lombong bijih timah dan ladang getah telah wujud kelas buruh dan pekerja yang kebanyakkan orang Cina dan India .
  • Dari segi sosial , kedatangan imigran Cina dan India yang melimpah-limpah menjelang awal abad ke-20 , telah menimbulkan fenomena asig dalam masyarakat tempatan . Masalah sosial seperti aktiviti kongsi gelap , pelacuran dan penagihan candu  banyak berlaku .
  • Orang Melayu kehilangan tanah akibat tarikan terhadap tanaman getah , yang menyebabkan penjualan dan pindahmilik tanah berleluasa kepada pengusaha ladang asing .
  • Bumiputera kekal sebagai petani dan nelayan akibat dasar Inggeris dalam bidang pelajaran .
  • Kesan jangkamasa panjang pengamalan dasar 'Pecah Perintah' Inggeris telah mewujudkan masalah perpaduan dia antara melalui :


  1. Pengasingan penempatan
  2. Pengasingan agama
  3. Pengasingan pendidikan
  4. Kewujudan akhbar pelbagai bahasa
  5. Kewujudan Persatuan pelbagai kaum 

13 comments:

  1. Terima kasih di atas pencerahan:)

    ReplyDelete
  2. antara undang2 tanah yang digubal tu ape ye?sbb terus dan dikuatkuasakan

    ReplyDelete
  3. blog ini salin daripada buku teks sekolah jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. So, ur a student whos under age as fuck. Go back to school and learn more about your history, dude. Dont bother urself with some bitter truth that u cant accpet. Shit yourself, kiddo.

      Delete