photo cutie1.png

Wednesday 18 March 2015

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting adalah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. 
Namun dalam hal ini, sikap masyarakat sendiri yang paling utama, perlu memahami kedudukan masing-masing. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat, penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. 
Malahan boleh menjadikan apa yang berlaku di luar negara sebagai satu ukuran erti sebenar perpaduan. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara-Bangsa. 
Kepentingan Sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Identiti Negara-Bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotisma Negara-Bangsa.
Penjajahan British di Tanah Melayu meninggalkan kesan yang sangat mendalam terutama nya dari aspek politik, ekonomi dan sosial.Ketiga-tiga aspek tersebut mengalami perubahan yang sangat mendadak dan mengubah terus Tanah Melayu menjadi negeri jajahan yang memberikan keuntungan kepada pihak British.
Kesan yang paling ketara sehingga hari ini ialah kewujudan masyarakat majmuk yang berbilang kaum.Kaum Cina dan India dibawa ke Tanah Melayu oleh British sebagai tenaga kerja untuk eksploitasi ekonomi pihak British.Pola petempatan mengikut kaum yang diujdkan semasa penjajahan British juga masih kekal sehingga ke hari ini.
Dengan merujuk sistem pentadbiran British, kerajaan Malaysia sekarang terus berjaya membentuk negara Malaysia yang maju dan aman makmur. 

No comments:

Post a Comment