POLITIK 1- Demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika dahulu dan sekaligus telah membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem feudal iaitu Pemerintahan Beraja yang menganggap raja sebagai pemimpin yang mutlak.
2- Sistem demokrasi ini sangat berbeza dengan sistem Pemerintahan Beraja yang diamalkan oleh masyarakat Melayu masa dahulu.
3- Dalam sistem demokrasi ini, kedaulatan dan keputusannegara mesti dibuat oleh rakyat dengan menggunakan suara majoriti yang memilih untuk melakukan sesuatu keputusan.
4- Pemilihan pemimpin cara demokrasi jugadilakukan berdasarkan pandangan, sokongan dan aspirasi rakyat terhadap calonyang difikirkan layak.
5- Pemilihan pemimpin dilakukan dalam pilihan raya yang diadakan.
6- Demokrasi ini sebenarnya telah mengehadkan kuasa sultan atau raja yang mana sebelum ini, mereka adalah pemerintah mutlak dalam pentadbiran negeri masing-masing.
7- Demokrasi mempunyai pelbagai jenis antaranya yang kita sediamaklum adalah Demokrasi Berparlimen, Demokrasi Terpimpin, Demokrasi Proletar,Demokrasi Liberal dan macam-macam lagi.
8- Di Malaysia, negara kita telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen.
9- Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen bermula dari awal kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang.
10- Seperti yang kita sedia maklum,Demokrasi Berparlimen diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan.
11- Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih berdasarkan sistem giliran daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua
12- Negara dan Pemerintah Tertinggi AngkatanTentera Malaysia.
13- Selain itu Yang Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan, ketenteraan, agama islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya.
14- Peruntukan ini terkandung di dalam perlembagaan negara Malaysia sejak mula-mula diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British
UNDANG-UNDANG
1 - Wujud dualisme dalam sistem
perundangan di Malaysia iaitu Sivil dan Syariah.
2 - Mahkamah Syariah dikeluarkan
daripada hirarki Mahkamah Persekutuan. Ia diletakkan di bawah kuasa negeri.
3 - Undang-undang Persekutuan telah
membataskan kuasa Mahkamah Syariah.
4 - Undang-undang British digunakan
sepenuhnya dalam Mahkamah Sivil.
5 - Undang-undang Islam dihadkan bidang
kuasanya hanya dalam hal kekeluargaan, pewarisan dan kesalahan jenayah yang
sangat terhad.
6 - Raja Melayu sebagai ketua Agama
Islam negeri mempunyai kuasa yang terhad.
7 - Undang-undang British
telah mempengaruhi Sistem Kehakiman
EKONOMI
1- Wujudnya perbezaan pendapatan di antara kaum dan wilayah
2- Mewarisi struktur ekonomi yang bersifat dwi ekonomi di mana ekonomi yang bersifat moden lebih tertumpu di kawasan bandar , manakala eonomi bersifat tradisional dan sara diri tertumpu di luar bandar .
3- Kedatangan islam telah menghapuskan sistem riba yang sering diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia.
4- Hal ini kerana, dalam islam itu sendiri telahmengharamkan amalan riba kerana dengan tegas menyatakan riba itu sebenarnyamenyusahkan dan menindas golongan-golongan yang susah sedangkan Islambukan agama yang menindas mana-mana golongan.
5- Kedatangan Islam telah membawa perubahan dalam sistem ekonomi kitadalam urusan perniagaan dan jual beli.
6- Islam adalah agama yang meletakkankeyakinan penganutnya sebagai teras kepada keimanan kepada Allah S.W.T.
7- Oleh itu, dalam urusan jual beli, masyarakat islam bukan sahaja dikawal oleh undang-undang yang dicipta sendiri (Risalah Hukum Kanun dan Undang-undang LuatMelaka), malah segala urusan dikawal dengan keikhlasan hati umat Islam itu.
8- Dalam konteks yang lebih luas, kita boleh lihat Melaka yang telahmengamalkan dasar luar pragmatik iaitu berbaik-baik dengan kuasa besar semasamelalui zaman kegemilangannya telah menyebabkan sistem ekonomi Islam yangbersih dari riba dan penindasan itu telah berkembang dengan pesat lalu menarikramai pedagang-pedagang luar untuk berdagang di negara kita.
9- Dasar ini mampumenstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomidan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3).
10- Selain itu, zakat juga salah satu antara sistem perekonomian Islam yangwajib dilakukan atau dikeluarkan oleh golongan yang mampu dengan syarat-syarattertentu yang telah ditetapkan.
11- Zakat ini dipungut oleh amil zakat pada masa-masatertentu bertujuan agar dapat diagihkan kepada saudara-saudara seagama yangmiskin, fakir, yatim, dan lain-lain.
12- Untuk mengagihkan zakat-zakat ini, maka baitulmalmula ditubuhkan bagi memudahkan urusan pengagihan.
13- Sistem muamalat (jual beli)secara Islam juga telah diperkenalkan dan diamalkan.
14- Sistem jual beli inisebenarnya telah lama berlaku dalam masyarakat Melayu namun, dengankedatangan Islam, sistem jual beli masyarakat kita telah dimurnikan lagi dan segalaunsur-unsur syubhah atau meragukan telah dihapuskan agar kita mendapat hasildari urusan berjual beli yang bersih dan halal lagi baik.
PENDIDIKAN
1- Kerajaan telah merumuskan dasar kuota dan biasiswa bagi kemasukan ke universiti .
2- Kerajaan menubuhkan lebih banyak institusi pengajian tinggi bagi meningkat bilangan pelajar Melayu ke universiti .
3- Sistem pembelajaran sekarang bersumberkan bahan-baha ilmiah dari barat dan ilmu pengetahuan dari Barat .
4- Falsafah pendidikan berbentuk kemahiran sengaja disalurkan mengikut dasar untuk mengekalkan masyarakat Melayu sebagai kaum tani.
5- Hala tuju pendidikan semasa zaman penjajahan Inggeris bertujuan menyekat peluang orang Melayu untuk mengembangkan bakat mereka, memisahkan mereka daripada perkembangan sosio-ekonomi negara.
6-Pada keseluruhannya, pendidikan di zaman penjajahan Inggeris ialah bersifat bebas atau laissez-faire kerana terdapat lima jenis pendidikan yang telah diwujudkan tidak mempunyai keseragaman, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, Tamil dan agama Islam.
7- Setiap jenis sekolah itu mempunyai falsafah dan hala tuju pengajaran dan kurikulum yang berbeza.
8- Akibat daripada ketidakseimbangan ini, pihak Inggeris telah membuat kajian. Rentetan daripada itu, beberapa laporan telah dirangka antaranya:
- Laporan Barnes 1950,
- Laporan Fenn-Wu 1951
- Ordinan Pelajaran 1952 Laporan Razak 1956. Laporan ini telah membawa perubahan yang besar dalam hala tuju dan falsafah pendidikan di negara kita.
9- Pada awal abad ke-21, beberapa perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan Malaysia telah berlaku disebabkan oleh cabaran yang dihadapi akibat kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
10- Cabaran negara Malaysia waktu ini adalah untuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain.
11-Ini menuntut negara Malaysia membangunkan sumber tenaga manusia yang berketerampilan tinggi dalam pelbagai bidang dan berdaya saing.
12- Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 & dimaktubkan dlm Ordinan Pelajaran, 1957.
13-Dilaksanakan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah.
14- Elemen ini disemak semula pada tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib dan dimaktubkan dlm Akta Pelajaran, 1961.
15- telah dilakukan dalam kurikulum. Antara usaha telah dilaksanakan antaranya adalah:
- menjadikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
- Kerajaan telah mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
- Mewujudkan sistem peperiksaan yg sama bagi semua.
- Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
- Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dgn menyediakan pendidikan yg menyeluruh, seimbang & bersepadu;
- Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun;
- Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang & mutu dgn mengagihkan peruntukan secara adil & memberi perhatian khas kpd kumpulan yg kurang bernasib baik & kawasan luar bandar atau pedalaman.
16- Kesan pendidikan dan latihan terlihat dengan jelas di bawah RANCANGAN MALAYSIA KE- 9. Antaranya:
- Pendidikan Prasekolah dan Rendah meningkat kepada 702,897 pada 2005.
- Pendidikan Menengah meningkat kepada 2.1 juta pada 2005.
- Melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, mahir & terlatih.
- Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan mempunyai nilai-nilai moral dan etika yg kukuh.
- Membantu kepada pencapaian Dasar pembangunan Nasional (DPN) iaitu untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
17- Bagi peluang pendidikan dan latihan kepada golongan berpendapatan rendah – tingkatkan pendapatan & mudah dapat kerja seterusnya menyumbangkan peningkatan agihan pendapatan.
18- Enrolmen peringkat pengajian di Institusi pendidikan tertiari awam dan swasta meningkat 731,698 pada 2005.
SOSIAL
1- Kereta api masih digunakan lagi
2- Perhubungan jalan-jalan raya semakin maju dan wujudnya 'Highway'
3- Wujudnya sistem perhubungan yang lebih canggih iaitu melalui udara
4- Kemajuan dari segi perkapalan dan lebih banyak pelabuhan penting diwujudkan
5- Pengaruh sosial daripada barat seperti yang kita maklum antaranya adalahcara berfikir masyarakat Melayu yang sudah mula lebih terbuka.
6- Pemikiran yangterbuka ini dapat kita lihat dalam kepercayaan masyarakat kita terhadap perkara-perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain.
7- Kebiasaannya, pantanglarang dianggap sebagai sesuatu hukum dalam masyarakat Melayu yang wajibdipatuhi dan akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini oleh seseorangsekiranya melanggar pantang larang itu.
8- Cara berfikir seperti ini sudah mula berubahsejak kedatangan barat dan menganggap perkara-perkara ini lebih kepada karut.
9- Selain itu, dalam aspek sosial kekeluargaan perkembangan yang berlaku dibarat berhubung dengan idea yang keluarga bukan lagi menjadi unit yangfungsional, lantas tidak perlu dipertahankan, adalah membimbangkan.
10- Barat cubamencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yangdicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaantunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot, 1986).
11- Persidangan Kependudukan di Kaherah pada akhir tahun 1994 juga telahmerumuskan beberapa perkara yang bersifat anti-keluarga seperti mengesahkan(legalise) pengguguran, menerima hakikat bersekedudukan (cohabitation), danmemberi hak sepenuh kepada anak yang lahir di luar nikah.
12- Perkara yang berlaku di barat ini telah melanda masyarakat timur seperti pengguguran dan lain-lain.
13- Namun, kesannya terhadap masyarakat di Malaysia khasnya masih kurang ketara kerana sebilangan besar masyarakat kita khasnya Melayu masih mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan perkara ini hanya terjadi kepada sebilangan kecil keluarga yang telah menerima kesan pengaruh sosial dari barat.
14- Namun, ada juga perkara yang membimbangkan kerana kesanpengaruh barat terhadap masyarakat kita, antaranya kemerosotan nilai-nilaikekeluargaan dalam kalangan generasi muda.
15- Selain itu, penyalahgunaan bahan terkawal seperti dadah, kenakalan juvana, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan lain-lain lagi.
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK
1- zaman penjajahan British. Didapati ketiga-tiga kaum langsung tidak berinteraksi.
2- Boleh ditegaskan Tanah Melayu milik orang Melayu, ekonomi kormesial pula milik orang Cina dan India sementara politik milik British hinggakan orang Melayu ketinggalan.
3- Sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadikan orang Melayu tidak terlibat dengan ekonomi kormesial.
4- Salah satu sebabnya adalah British sendiri dengan dasarnya yang menekan penduduk asal serta ‘Dasar Pecah Perintah’ yang dijalankan British sewaktu penjajahanya.
5- Tempoh yang kedua pula merujuk pada era menuju kemerdekaan. Dalam hal ini dapat dilihat terdapat hubungan antara kaum.
5- Melayu dengan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Cina dengan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan India dengan Kongres India Se-Malaya (MIC) membentuk parti politik yang berteraskan kaum masing-masing namun berada di bawah satu payung iaitu Parti Perikatan.
6- Hasil daripada kerjasama antara kaum ini membolehkan British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 1957.
7- Sebelum kemerdekaan, peristiwa darurat telah berlaku selepas tempoh penjajahan Jepun pada 1948 sehingga 1960 yang melibatkan Parti Komunis Malaya.
8- Dalam tempoh ini juga hubungan antara orang Melayu dengan Cina kembali tergugat.
9- Peringkat yang terakhir adalah zaman selepas kemerdekaan yang merujuk zaman selepas 1969.
10- Masih lagi terdapat jurang dalam pelbagai bentuk yang bukan sahaja dari segi ekonomi.
11- Walau bagaimanapun, pihak kerajaan telah merangka beberapa strategi yang boleh mewujudkan keadaan yang aman damai yang menepati makna sebenar masyarakat majmuk.
12-Namun ianya masih lagi tidak mencapai matlamat perpaduan.
13- Masing-masing berusaha mengekalkan identiti sendiri dan enggan menerima asimilasi dari budaya lain.
16- Sekitar tahun 1965, penggunaan “
Malaysian Malaysia” telah mula digunakan namun ia tidak begitu diterima pakai. 17- Kini, ia menjadi salah satu matlamat kerajaan dalam memastikan kesepaduan masyarakat iaitu dikenali sebagai Bangsa Malaysia.
KESENIAN
1- Pengaruh kesenian barat juga boleh dilihat dari dua aspek iaitu aspek senibina dan persembahan muzik.
2- Pengaruh barat sebenarnya secara jelas kita bolehbuktikan melalui aliran-aliran muzik yang mereka bawa ke alam kita.
3- Melalui alitan-aliran ini, maka terhasillah kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada,pop, jazz, dan lain-lain.
4- Terlalu banyak aliran muzik yang dibawa masuk oleh baratke dunia kita. Kesan pengaruh muzik-muzik ini bukan sahaja ditonjolkan oleh negarakita, malah seluruh dunia juga telah menerima kesan dan tempiasnya.
5- Sedikitsebanyak, aliran-aliran muzik ini sebenarnya mempelbagaikan lagi senipersembahan yang ada di negara kita.
6- Namun, disebabkan ini jugalah, senitradisional kita mula dipinggirkan.
7- Selain itu, sesetengah reka bentuk binaan bangunan-bangunan yang terdapatdi tempat kita ini juga adalah sebagai bukti pengaruh barat terhadap kita.
8- Binaanbersenikan kebaratan boleh dilihat pada bangunan-bangunan baharu yang dibinadengan berkonsepkan kemodenan.
9- Binaan bangunan ini mengaplikasikan ciri-ciribarat yang dianggap moden oleh dunia.
10- Menara Berkembar Petronas contohnya,dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat.
11- Seni yang dibawa oleh orang-orang barat telah banyak mempengaruhi duniapada masa kini.
12- Dalam bidang seni muzik contohnya, selain mempelbagaikan genremuzik, terdapat beberapa identiti-identiti imej yang muncul berdasarkan aliran muzikyang mereka ceburi kerana setiap genre muzik tersebut, mempunyai identiti danimej yang berbeza kepada si pemuziknya.
13- Contohnya, imej penyanyi rock dan jazzadalah berbeza sama sekali. Imej pemuzik aliran pop juga berbeza dengan aliranrap.
14- Melalui kepelbagaian imej yang dibawa oleh mereka, ini telah mendatangkankesan buruk kepada imej tradisi kita kerana perkara-perkara yang dibawa barat inisebenar sangat mudah mempengaruhi masyarakat dunia termasuk kita sendiri