photo cutie1.png

Wednesday 18 March 2015

2.1 SENARAI NEGARA YANG MENJAJAH DAN TAHUN JAJAHAN

PORTUGIS 


  • Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September 1509 semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Penjajah Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun iaitu dari tahun 1511 hingga tahun 1641.
  • Kedatangan dan serangan Portugis ke Melaka berpunca daripada sedikit perselisihan faham, Sultan telah menahan beberapa pedagang Portugis yang datang berdagang ke Melaka. 
  • Alfonso De Alburqaque menghantar utusan meminta Sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar ganti rugi. Pengaruhnya hanya di sekitar bandar Melaka
  • Matlamat asalnya untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak begitu berkesan .
BELANDA
  • Sewaktu Belanda menjajah Tanah Melayu, berlaku rampasan takhta oleh Belanda.
  • Pada tahun 1597, Belanda menyerang Kota Portugis Melaka.
  • Pada tahun 1606, Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka.
  • Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari Goa.
  • Pada tahun 1636, kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis dan akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641
  • Gabenor Portugis, Manuel de Souza Coutinho telah menyerahkan kuasa kepada Kapten Minne Williemson Kaartokoe
  • Akibat pergolakan politik dan perebutan takhta di Kedah dan Johor, British telah mengambil kesempatan untuk menakluk Pulau Pinang dan Sigapura.
  • Disini bermulalah penjajahan oleh British. Manakala melalui perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan oleh Belanda kepada pihak British. 
  • Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. 
INGGERIS ( BRITISH )
  • Penjajahan British di Tanah Melayu bertujuan memenuhi keperluan permintaan bahan mentah untuk industri barat, mencari pasaran baru bagi barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburan dibarat.
  • Pada tahun 1600 , pedagang-pedagang Inggeris telah menubuhkan Syarikat India-Timur untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China . 
  • Selain itu , untuk mecari pangkalan bebas daripada serangan lanun .
  • Pada 11 Ogos 1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang dengan memberi janji kosong kepada Sultan Kedah 
  • Francis Light merupakan titik tolak kepada permulaan kolonialisme .
  • Pada 6 Februari  Stamford Raffles pula telah menduduki Pulau Singapura setelah membuat perjanjian dengan Temenggung Abdul Rahman 
JEPUN
  • Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tanga tentera Jepun pada 15 Februari 1942
  • Pendudukan Jepun berakhir pada 12 September 1945 , iaitu selama lebih kurang tiga tahun setengah .
  • Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945, British kembali memerintah. 
  • Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum

23 comments:

  1. SANGAT MEMBERI MAKLUMAT ,THANKS

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat membantu sy semasa sy membuat kerja folio sejarah tingkatan 3

      Delete
    2. Tingkatan 3 buat benda ni..sy baru drjh lima..batch sy silibus baru

      Delete
  2. banyak maklumat yang membantu saya thank you tapi harap lepasni menggunakan warna font yang lebih terang dan jelas :)

    ReplyDelete
  3. sangat membantu, terima kasih.....

    ReplyDelete
  4. sangat membantu tapi lepas ni bolehla guna warna yang dari gelap lagi untuk font tu sebab background dah warna yang agak cair

    ReplyDelete
  5. Content yang sangat padat tapi font warna muda sangat sakit mata pulak bila baca �� apa2 pun terima kasih atas informasi

    ReplyDelete
  6. VERY HELPFUL..Thank you so much for those info +_+

    ReplyDelete
  7. Very helpful,thanks for the information 🙂

    ReplyDelete
  8. fantastic information!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Selepas jepun ape?.....ataupun itu je

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Tolonglaaa colour fon tu buat warna hitam.. sakit mata nak baca tau tak

    ReplyDelete