photo cutie1.png

Wednesday 18 March 2015

PENDAHULUAN

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum Tanah Melayu mendapat kemerdekaan, Tanah Melayu telah dijajah oleh beberapa kuasa asing iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun. Setiap jajahan oleh kuasa-kuasa asing, Tanah Melayu atau kini dikenali sebagai Malaysia menerima banyak kesan-kesan sama ada kesan positif atau kesan negatif. Teryata, kesan-kesan jajahan kuasa-kuasa asing ini banyak memberi kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial penduduk di Tanah Melayu. Penjajahan kuasa-kuasa luar terhadap Tanah Melayu terjadi disebabkan faktor-faktor seperti kuasa pemerintahan yang lemah, sumber ekonomi yang banyak dan banyak lagi. Ini akan dibincang kan dalam tajuk yang lain.


Jika dilihat kini, Malaysia mempunyai masyarakat majmuk. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, konsep masyarakat membawa maksud kumpulan manusia yang menetap bersama-sama disuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu dan masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Menurut pendapat Furnivall, beliau mengatakan bahawa masyarakat majmuk muncul akibat daripada dasar-dasar penjajah yang menggalakkan penghijrahan penduduk mengikut keperluan ekonomi mereka yang telah mengakibatkan wujudnya kelompokkelompok yang pelbagai ragam dalam satu unit politik. Kelompok-kelompok ini bercampuran tetapi mereka tidak bergantung antara kaum lain dan amat berpegang kuat kepada agama, bahasa, budaya, idea-idea dan cara hidup yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment